THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, January 18, 2010

~Mau Kurus Ka???~

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi. (but for me xde la berlapar sgt, lapar jer mkn la..hahahaha)

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.( x pernah plak try petue yg ni, bese aku wat pas mkn jer kumur2 alamak, pasni kene tukar petue la plak..hehehe)

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak. (banyak x banyak sgt la, kalo gase letih minum la banyak..but mostly kalo p klas memang bawak air pon n air akan abis punyer la..penat la katekan..hehehe)

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh. ( yg ni i really agree, memang x suke la minum minuman bergas ni, but paling suke ialah bugee..hehehe biar die bace mende ni, ingat 2 gee!!)

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air. ( erm, gasenyer ok lagi kot takat ni..mane ade i mkn garam mcm 2 jer..hahaha..not my taste;P)

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori. (alamak, yg ni kureng ckit wat..malas nak breakfast sbnrnyer..terus jer luch..huhuhu..kene change la camne erk..ok..)

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.(erm , mende ni unexpected la n kite xkan pasan..kadang2 kalo dah lapar sgt mkn jer la laju2...hahahaha;P)

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam. (ni pon x pasan, x sempat nak cek kecik ker besar dah telan jer..hahahaha;P)

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.(mkn kerap tapi mende mengepek, mknn berat plak 2x sehari..ok x erk??? huhuhu)

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda. (kalo xde gule2 getah nak mkn per?? mkn pemadam leh x?? hehehehe)

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda. ( memang xde dlm peti ais pon coz dok asrama mane ade peti ais..hahahaha;P)

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula. (patot dipraktikkan ni..kadang2 asik2 mintak air sirap..hahaha;P)

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah. (betol2!! i really like buak n sayur but certain sayur x mkn la contohnyer sawi n sayur yg nmpk layu..hahaha;P)

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet (peh, memang takot nak timbang pon sebenarnyer..baik timbang dlm jangka mase yg lmbt biar nmpk ketare ckit if i turun berat..haha..kalo bertambah?? waaahhh!!!)

15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak. (ni memang peberet ni terutamenyer sup ayam pedas kat petro..kalo mkn mau terangkat kening dibuatnya..hahaha;P)

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.(ops, yg ni kureng ckit la...hehehe sowie..;P)

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan. (kalo diari dlm otak leh x?? hehehe..mls la nak nulis2 ni..)

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.( yah, i like this statement..bukan tok kurus but more on sihat..nanti dah tue xde la sakit sane sakit cini erk..hehehe)

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.(erm, tunggu kat umah la nak wat mende2 ni erk..kat u ni x dan la nak ape ade bedal jer..hahaha)

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan! (ops!! mcm tau2 jer..but jarang tgk tv mcm mane erk? tapi time tgk movie xde la nak mkn sgt pon..hehehe)

sekian sahaja tips sy pada minggu ini..mari kita sama2 amalkan ke arah kekurusan badan anda..hahahaha

0 comments: